Sunday, July 7, 2019

Camping - Pondok Waris Bentong 6/7/2019

Keluar dari hiruk pikuk Kuala Lumpur..






Thursday, December 1, 2011

Orang kita dengan makanannya….


1- Orang kita melayu kalau sebut pasal makanan tak lain dan tak bukan tentunya nasi. Nasi lemak, nasi goreng, nasi pataya, nasi kerabu, nasi dagang, nasi hujan panas dan bermacam nasi. Kalau cerita pasal lauk pula sudah semestinya lauk2 yang biasa kita dengar. Sambal belacan, masak curry, masak kurma, masakan bersantan, masakan berbakar, masak singgang dan lain2 masakan yang harubiru khasiatnya. Mereka tidak pernah terkeluar dari pemikiran asal mereka ini. Otak kita macam beku untuk memikirkan kelainan masakan. Malas untuk keluar dari bayang2 makanan nenek moyang kita. Renungkan sejenak dan fikirkan seminggu lepas. Apakah yg kita makan untuk lunch dan dinner? Adakah kita mendapat khasiat tertentu hasil pemakanan tersebut?



2-Untuk menukar cara penyedian makanan selain yang aku cakapkan diatas, mungkin memakan masa beratus2 tahun lagi .Selagi cara penyediaan dan menu tidak berubah maka selagi itulah orang kita melayu mengalami masalah yang sama. Sebab itu ramai dikalangan melayu kita mewarisi masalah kesihatan yang sama dari generasi datuk dan nenek mereka. Kalau mak dan bapak ada kencing manis atau darah tinggi atau sakit jantung atau gout atau pundi kencing atau pemalas atau lain-lain maka anak pulak akan mewarisi sakit tersebut. Kenapa? Sebabnya kita maseh mengamalkan diet pemakanan yang sama dengan mereka.



3-Aku tidak memerlukan banyak kajian. Aku merapu memikirkan kenapa dan kenapa dan kenapa.. Akhirnya tadi aku terfikir dan aku tulis disini untuk pengetahuan anak2 aku dan kawan2.. Itu pun kalau mereka nak ambil tahu. Setidak2nya aku sudah bersuara. Memang tidak dinafikan sesetengah penyakit itu mempunyai pertalian dengan keturunan. Tapi bagaimana dengan cara hidup kita? Cara penyedian makanan orang2 terdahulu? Lepas makan tidor? Pagi makan nasi, tengahari nasi dan makan malam pun nasi… Adakah itu keturunan juga?



4-Kalau ayah minum pagi dengan teh tarik dan makan bersama roti canai atau nasi lemak. Adakah ini satu pertalian keturunan yang mesti kita ikuti? Menjadi kemestiankah menghidangkan anak2 dengan jemput pisang, goreng keledek, nasi goreng, masak lemak dan makan pula selepas solat isyak? Inikah pertalian keturunan yang mesti kita amalkan?



5-Siapa yang nak kita salahkan. Makanan yang kita makan hari ini mendatangkan impack bukan esok atau lusa tetapi kesannya dalam jangka masa yang lama. Sebagai contoh batu karang didalam pundi2 kencing, batu didalam hempedu, lemak tepu didalam saluran darah, buah pinggan, luka usus atau perut dan lain-lain. Penyakit ini terbentuk hasil pemakanan yg sama selama lebih 10 tahun.



6-Mulakan hari kita dengan kesanggupan untuk berubah, mengolah, memikir, membaca kembali makanan keturunan yang kita banggakan sejak turun temurun itu.. Sudah tiba masanya untuk kita mengetahui bahawa penawar segala penyakit datangnya dari sumber2 makanan harian yang kita makan. Tidak keterlaluan juga aku katakan disini bahawa punca segala penyakit pun disebabkan oleh kita sendiri. Tabiat makan kita yang tidak pernah berubah dan kegagalan kita tidak menyekolahkan tabiat buruk ini menjadikan bangsa kita jauh ketinggalan dari bangsa2 yang maju. Jangan menyalahkan diri kepada Takdir bila musibah penyakit dan perangai buruk ini menimpa kita.



7- Allah memberi kita akal dan nafsu. Tugas kita mengawal kedua2nya.. Bukan sekadar hanya mengawal mata dan telinga…… Wasallam…



Deen

Sunday, May 15, 2011

Anak2 sekarang....


Semalam saya ke Ipoh Perak membantu anak perempuan saya berkemas membawa pulang barang2 balik ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan kami bersembang dan berborak2. Byk perkara kami bincang dan selesaikan bersama. Dari topic pharmacy bidang yg dia tengah study sekarang, future planning hinggalah ke pemakanan.

Satu perkara yang menarik dari topic perbualan kami bila dia mengatakan kerinduan dia dengan Bandaraya Ipoh. Dia akan merindui hari2 dia sewaktu berada di Ipoh. Bulan hadapan dia tidak lagi tinggal di Ipoh. Dia akan menyambung pharmacynya samada di Kuala Lumpur atau di Bandung Indonesia. Katanya lagi Ipoh sangat menyamankan, udara paginya sungguh menyegarkan. Wargakotanya sungguh mulia, berbudibahasa, baik serta fonomena bandarayanya yg bersih.


Ipoh juga katanya memberi byk pilihan buah2an, sayuran yang hijau dan segar bugar. Itu yang paling dia suka bila membeli belah di pasar besar sana. Kedai2 makan yang beranika pilihan dari malay,chinese dan indian semua ada. Soya bean yang unik rasanya serta warga chinese yang sentiasa berfikiran up to date.

Dalam banyak2 topic yang kami bualkan sepanjang perjalanan dari Ipoh ke Kuala-Lumpur ada satu yang mencabar minda saya. Katanya lagi di Ipoh "Iffni suka makan byk sayuran segar, buah2an dan juice segar, tidak mengambil makanan yang diprocess berulang kali, tidak minum minuman2 kotak atau tin, suka makan mengikut keperluan dan membawa bekalan air suam sendiri dari rumah.." Dan katanya lagi "Apa yang dia makan dan amalkan bukan untuk hari ini tetapi hari kemudian.. Kebaikannya akan diketahui dalam masa yang panjang akan datang..."

Saya tersenyum... Alhamdullilah semoga dianugerahi kesihatan yang sempurna dengan daya usaha yg telah/akan dia lakukan.. Kerana nilai kekayaan sebenar adalah kesihatan yg berkekalan.

Inshaallah...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 26, 2011

Bebudak Gemuk dan Lembab???

Saya di hospital kerajaan Ampang menemani bonda. Boring menunggu giliran... so why not to write something....

Akhir2 ini banyak pihak sedang memperkatakan tentang obesity atau kegemukan dikalangan pelajar2 sekolah. Ibubapa menyalahkan pengurusan kantin sekolah yang memberi hidangan tidak sihat kepada anak2 mrk. Ada juga menyalahkan penjual2 yang berjaja di luar pintu pagar sekolah. Soalnya disini siapa yang sebenarnya bersalah? Sekolah atau ibubapa yg menyebabkan kegemukkan dikalangan pelajar.

Dipendekkan cerita kalau dari sudut pandangan saya, ibubapalah seharus mengambil tanggongjawab ini mendidik dan mendisiplinkan anak2. Ajar mereka tentang keperluan setiap hidangan.

Tunjukkan mereka jenis2 makanan yang baik dan berkhasiat. Disiplinkan mereka waktu paling sesuai menjamah makan bersama. Ibubapa kena belajar secara basic demi kesihatan keluarga. Pembesaran tubuh dan otak anak2 bergantung kepada sumber makanan yang diberi. Makan makanan berkhasiat akan memberi banyak manafaat kepada mereka. Anak2 adalah harta yg tak ternilai di anugerahi Allah. Memberi mrk makan yg berkhasiat seolah2 membajai pokok yang hasilnya akan dituai kemudian hari.. Mereka sihat, girang, bijak, ceria adalah kerana mereka sihat. Sihat minda, tidak berpenyakit, bebas bermain, memberi dan bertanya byk soalan menandakan kesempurnaan penjernaan makanan yang telah mereka terima.

Guru atau pihak sekolah hanya sekadar memberi nasihat tetapi tidaklah secara keseluruhan memandangkan mrk tidak berpengetahuan dalam bidang pemakanan. Mereka hanya ditugaskan untuk memberi pelajaran dan pengetahuan dalam bidang akademik bukan permakanan.

Disekolah murid2 hanya makan sekali sahaja diwaktu rehat. Cukup untk keperluan tenaga yang mereka perlukan untuk aktiviti selama beberapa jam sebelum mereka pulang kerumah. Mereka hadir hanya selama 6 jam dan selebihnya berada dirumah atau bersama pengasuh. Amat mustahil kalau dikatakan pemakanan dikantin punca kegemukkan mrk.

Dalam kes obesity ini, makanan yang dijual dikantin sebenarnya langsung tidak berkualiti dan tidak berkhasiat. Ini yg harus dipantau oleh PIBG. Bukan menyalahkan pihak lain. Makanan berkhasiat memadai diambil sedikit tetapi cukup memenuhi keperluan vitamin, kalori, galian dll dalam jangkawaktu beberapa jam sebelum anak2 pulang. Salah makan byk2 dan terlalu kenyang, akibatnya otak jadi lembab, mengantuk dan punca malas. Contoh terbaik silalah makan sepingan nasi lemak dan segelas air. 30 minit selepas makan anda akan mengalami situasi yang saya nyatakan tadi.

Dengan berbekalkan RM1 - RM2 adakah anak2 kita mendapat khasiat makanan yang mereka perlukan? Pengusaha kantin akan menyediakan makanan bernilai di bawah 60 sen untuk menampong keuntungan operasi mereka. Maka jelaslah disini , jangan terlalu mengharap kualiti makanan di katin sedangkan duit poket anak2 tidak cukup untuk membeli apa itu kualiti.

Satu ketika dulu saya pernah menghadirkan diri di International School of Kuala Lumpur membawa sajian dari Shangrila Hotel. Saya perhatikan pelajar2 mereka makan di Kantin tampa membuat bayaran tetapi dalam jumlah tertentu. Jika mengambil sausage sudah pasti bersama mashed potatoes, susu dan sebiji buah. Jika mengambil Pasta, dia akan dibekalkan dengan roti dan semangkuk soup. Begitulah pemakanan pelajar tersebut dan saya percaya pembayaran mungkin dibuat sewaktu sessi penggal bermula. Jumlah harga setiap hidangan kemungkinan diantara RM5-Rm6.

Apa salahnya jika sebahagian dari peruntukan itu di beri oleh kerajaan secara subsidi kepada semua pelajar. Sebahagian lagi ibubapa yg tambah dan dibayar setiap penggal. Anak2 tidak lagi perlu membawa wang belanja. Untuk mereka yang kurang berkemampuan boleh dikira percuma atau jadikan dia sebagai bantuan pemakanan. Memberi bantuan makanan yang berkhasiat lebih bermanafaat dari memberi duit pocket...

wassalammmm......

Friday, April 22, 2011

Rasuah, Babi dan Perempuan....

Tulisan ini tidak bertujuan untuk bersetuju dengan rasuah. Saja-saja nak menulis menguji kefahaman pasal penyakit berjangkit ini. Rasuah itu haram dan tetap haram sampai bila-bila. Sesiapa yang terlibat tetap masuk neraka. Namun, jika tidak ada pilihan antara makan rasuah dengan makan babi, lebih baik makan babi, kerana mudarat rasuah lebih teruk daripada mudarat memakan babi.

Makan babi hanya melibatkan dosa individu dengan Allah kerana memakan makanan yang diharamkan. Sedangkan makan rasuah, bukan sahaja melibatkan dosa seorang tetapi ramai orang, termasuk mereka yang tidak berdosa turut terpalit, kerana disuapkan rezeki haram.

Dengan sebab itu, janganlah hairan apabila anak-anak hasil didik rasuah ini tidak begitu menjadi walaupun telah dihantar ke sekolah agama. Cuba ingat kembali, halal atau tidak rezeki yang disuapkan ke mulut anak-anak. Rezeki haram tidak semesti menyuapkan babi, itu sudah tentu haram. Tetapi lebih haram lagi adalah hasil rezeki rasuah dan riba. Paling dasyat jika terjadi kemalangan meragut nyawa bila sumber dan kualiti project berkualiti rendah akibat rasuah....Begitulah besarnya haram dan mudarat rasuah.

Rasuah boleh meruntuhkan agama, bangsa dan negara. Bayangkanlah jika kita lepaskan penjenayah, pengedar dadah, penyeludup, penjual rahsia sulit kerajaan dan sebagainya, melalui habuan yang diberikan, apakah akan terjadi kepada masa depan kita? Misalnya, jika Singapura tahu semua maklumat rahsia dan keselamatan kita, bagaimanakah kita boleh berhadapan dengan mereka jika musuh semua tahu kekuatan dan kelemahan kita. Sudah tentu mereka lebih bersedia.

Justeru, usaha-usaha SPRM hendaklah diberikan pujian. Jangan bertindak seperti ultra kiasu. Tidak ada satu kebaikan yang dihargai atas segala usaha SPRM oleh golongan yang tidak sedar diuntung ini. Kematian Allahyarham Sarbani dan mendiang Teoh Beng Hock terus dijadikan isu politik menghentam SPRM. Sedangkan perbicaraan dan pembuktian masih belum selesai. Kesihan sungguh SPRM. Buat salah, tak buat salah. Tujuannya supaya kita menjadi serba salah seperti diluah mati mak, ditelan mati bapak. Inilah budaya kotor yang sudah terpahat di jiwa masyarakat kita.

Pada golongan pembangkang yg tak tahu membangkang, mereka sahaja yang betul, orang lain tidak. Peliknya, kita asyik sibuk menyalahkan SPRM dan menangkap penerima rasuah. Persoalannya bagaimana dengan pemberi rasuah? Siapakah atau bangsa manakah majoriti yang memberi rasuah ini? Patutkah mereka dibiarkan bermaharaja lela?

Sebenarnya pemberi rasuah lebih bahaya daripada penerima, kerana tidak akan ada penerima jika tidak ada pemberi. Golongan inilah yang sepatutnya kita kerjakan dan cari hingga ke lubang cacing, kerana mereka pencetus rasuah. Malangnya, mereka masih bebas. Yang menerima bala adalah penerima rasuah. Rata-rata penerima dikaitkan dengan orang Melayu (Islam).

Saya tidak nafikan sebagai orang Islam (Melayu) majoritinya adalah penjawat awam. Bermakna, yang memberi adalah bukan Melayu dan yang menerima adalah orang Melayu. Setakat ini, yang menerima menjadi mangsa, yang memberi masih bermaharajalela. Yang menerima kaya sehari atau mungkin sebulan atau setahun dan tidak mustahil menderita seumur hidup jika tertangkap. Manakala, yang memberi, kaya seumur hidup. Hidup senang lenang dan membawa lari kekayaan serta berseronok tinggal di negara lain.

Adakah ini adil? Keluarga pegawai yang menerima rasuah malu seumur hidup. Rasuah yang diterima jarang sekali boleh memperkayakannya, apatah lagi soal keberkatan. Sedangkan pemberi rasuah terus dengan kerjanya memberi rasuah. Mereka akan terus merasuah.

Saya ucapkan tahniah terhadap tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mengesan beberapa juta wang dalam akaun pegawai-pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan dalam Operasi 3B, termasuk lebih RM2 juta dalam akaun salah seorang bekas pengarah jabatan itu.

Setakat yang dilaporkan, seramai 62 pegawai JKDM pelbagai pangkat ditahan manakala berjuta-juta wang, akaun dan barangan berharga termasuk rumah dan kereta disita. SPRM menganggarkan lebih RM10 bilion wang rasuah itu telah dipindahkan secara haram ke luar negara, manakala negara kerugian akibat kehilangan pendapatan sebanyak RM108 bilion akibat tindakan tangan-tangan kotor tersebut. Walaupun angka-angka ini dipertikaikan dari segi jumlahnya oleh JKDM, tetapi rasuah tetap berlaku dan jumlahnya tidak kecil.

Saya ingin tegaskan di sini, semua hasil rasuah adalah haram dan lebih haram dari babi. Jika tidak ada pilihan, saya lebih rela menyentuh dan memakan babi. Janganlah pulak selepas ini ada memilih babi setelah menolak rasuah. Ia sekadar perbandingan betapa bahaya, jijik dan hinanya rasuah. Sebab, dalam pemikiran masyarakat kita, babi itu lebih hina, seolah-olah ia bukan makhluk Allah.

Sehina-hina babi, paling tidakpun babi tetap makhluk jadian Allah. Babi mesti dihormati dari sifat, rupa dan segi kejadiannya. Jika ditanya pada babi, babi tidak akan ingin menjadi babi, jika ia tahu ia akan dihina semasa di dunia. Sama seperti anjing. Semua binatang ini tidak boleh dihina, walaupun kita haram memelihara, menyentuh dan memakannya. Jika binatang ini memerlukan pertolongan, kita wajib menolongnya daripada tersiksa atau disiksa.

Lupakah kita kepada peristiwa seorang pelacur yang dijanjikan Allah syurga hanya kerana memberi minum seekor anjing yang dahaga? Saya tidak kata selepas ini, jika ada pelacur yang memberi makan atau minum anjing atau babi, mereka akan dijanjikan Allah syurga. Peristiwa ini hanya sekadar pengajaran supaya kita tidak menghina makhluk Allah.

Adalah salah jika kita memandang hina makhluk tersebut, dan langsung tidak merasa bersalah kerana memberi, mengambil dan menerima rasuah. Babi tidak pernah memberi dan menerima rasuah. Sekurang-kurang ia lebih mulia daripada manusia yang terlibat rasuah. Saya amat mengharapkan selepas ini SPRM akan mencari hingga ke lubang cacing pemberi rasuah. Hukumlah mereka dan malukanlah mereka, sama seperti penerima rasuah seperti yang sedang berlaku.

Namun, selain daripada menghukum, pihak berkuasa juga hendaklah mengambil langkah-langkah pencegahan atau pro-aktif. Sektor-sektor sebegini, termasuk polis, imigresen, Jabatan Pengangkutan dan jabatan lain yang melibatkan pemberian kontrak dan tender, hendaklah dipandang serius dan dipantau dari masa ke semasa.

Ianya perlu bermula dengan pengambilan mereka untuk berkhidmat di jabatan kritikal tersebut. Pastikan mereka yang ingin berkhidmat, benar-benar takut kepada Allah daripada takut kepada manusia. Ini bukan bermakna dengan mengambil ustaz atau ustazah bekerja di sana. Mereka boleh dipilih dari kalangan pelbagai latar belakang, tetapi aspek spiritual hendaklah diambil kira. Saya tidak kata semua golongan agama baik dan tidak menerima rasuah. Tetapi sekurang-kurang sifat takutkan Tuhan (God fearing) dapat menjadi pelindung kepada amalan terkutuk ini.

Kempenkan kepada mereka dalam pejabat, luar pejabat dan media bahawa makan rasuah lebih jijik daripada makan babi. Kalau boleh ambil gambar babi tersebut dan gantungkan di leher mereka yang telah dibuktikan kerana mengambil rasuah.

Saya masih teringat, bagaimana di negara maju, amalan-amalan buruk dikempenkan dan disamakan dengan sifat binatang. Bila berlaku perlanggaran undang-undang tersebut, anak-anak akan mengingatkan bapa jangan seperti babi atau secara automatik muka mereka yang mengamalkan rasuah bertukar menjadi babi...., ini hanya satu misalan sahaja.

Saya kira makhluk yang bernama babi agak berkesan untuk dijadikan bahan kempen, kerana makhluk ini sudah sinonim dengan konotasi negatif dengan rupanya yang hodoh, walaupun tidak sepatutnya dilakukan.

Kedua, gaji dan elaun mereka yang bekerja di sektor ini juga hendaklah dinaikkan. Ia bukan bertujuan untuk memanjakan mereka atau seolah-olah mereka ini elitis, tetapi kadang kala kita tidak ada pilihan. Mereka yang merangka gaji terutamanya Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) tidak seharus merasa tercabar jika gaji polis atau kastam melebihi gaji mereka.

Lagi pula, pembuat dasar seharusnya tidak diletakkan di tangan PTD sahaja. Semua sektor kerajaan hendaklah terlibat, apatah lagi sektor yang kritikal ini. Pandangan mereka hendaklah diambil kira. Saya teramat sedih apabila mendengar ramai doktor pakar di sektor kerajaan meletak jawatan kerana tertarik dengan insentif atau tawaran sektor swasta.

Logiknya mudah, kenapa semua pakar perubatan beralih arah kepada sektor swasta? kerana gaji mereka tidak pernah dapat melebihi ketua setiausaha, apatah lagi ketua setiausaha negara. Secara peribadi, saya tidak akan merasa dengki dan iri hati jika gaji mereka di sektor kritikal ini melebihi gaji pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang lain, terutama PTD yang terdiri daripada kalangan mereka yang membuat dasar.

Biarlah kita meletakkan sesuatu pada tempatnya. Itulah baru dinamakan keadilan. Keadilan bukan sama rata dan sama rasa. Jika sektor kritikal diberikan dua, sektor lain satu, pada saya itu adalah adil, kerana meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Namun demikian, bukanlah bermakna sektor lain dianaktirikan. Jika kerajaan sudah mampu, berikanlah peluang yang sama kepada sektor lain juga. Perkara pokok yang mesti diketahui adalah belanja secara berhemat.

Ambil contoh negara Singapura walaupun agak sukar untuk saya mengambil contoh ini. Gaji Perdana Menteri, Menteri kabinet dan ahli parlimen teramat tinggi. Mereka tidak perlu meminta atau menerima rasuah kerana jawatan tersebut sudah ada jaminan seumur hidup. Di negara kita, gaji wakil rakyat masih berada pada tahap menyedihkan. Maka tidak mustahil jika wakil rakyat terlibat dalam rasuah dan mencari funder atau orang kaya atau syarikat yang boleh menjadi tulang belakangnya.

Maklum sahajalah nama wakil rakyat atau Yang Berhormat (YB) sudah sinonim dengan bantuan. YB adalah tempat mendapat bantuan. Sedangkan YB itu adalah pemudah cara sebagai saluran membantu rakyat. Ini tidak, YB menjadi pusat rakyat dengan meminta pelbagai bantuan. Sehingga ada yang datang membawa bil air dan api untuk dilangsaikan. Ini tidak termasuk lagi dengan bantuan terhadap anak-anak dan berbagai lagi. Apatah pada masa kini yang mana ramai kalangan ibubapa yang anak-anaknya akan memasuki universiti. Sudah tentu pejabat YB menjadi tumpuan, kerana Yang Berhormat bukan lagi tempat Yang Berkhidmat, tetapi Yang Berduit.

Sikap seperti ini hendaklah dihindarkan. Rakyat mesti disedarkan bahawa wakil rakyat berkhidmat untuk rakyat, bukan tempat meminta segala macam. Inilah yang menyebabkan YB-YB kita terpaksa mencari sumber lain bagi menampung hidup dan mengekalkan jawatan. Akibatnya rasuah berleluasa. Funder-funder ini tidak akan membantu YB-YB tersebut secara percuma. Mereka memerlukan sokongan YB untuk mendapat projek dan tender.

Akhirnya, saya memuji jika ada langkah untuk mengenalkan subjek integriti dan rasuah ini di sekolah-sekolah dan tidak ketinggalan di universiti. Anak-anak mesti diberitahu akan bahayanya rasuah. Tidak cukup sekadar hukuman rasuah hendaklah ditingkatkan semaksima mungkin. Jika tidak hukuman mati, sekurang-kurang sehingga penjara seumur hidup, bergantung kepada besar atau kecil rasuah yang berlaku.

Semoga saya tak terlibat.....

Deen

Saturday, March 19, 2011

Suke kome bace, tak suke jangan bace - Aku copy paste dari Zulkifli Noordin..



<

HARGA SETITIK DARAH!
(Saiful mengadu DiNayaAnwar - bersama ibu tercinta di Baitullah)

Salam 2 all.
Mike semua sedar atau tidak, hanya dengan setitik darah, Kerajaan Barisan Nasional boleh tumbang, dan impian Anwar nak bersemayam di Putrajaya boleh tercapai. Hanya dengan setitik darah yop! Sebab itu teman semakin hairan dengan sikap berdolak-dalik manusia yang ditabal bininya sendiri yang membantah kepada permohonan Pendakwaraya supaya beliau memberikan darah beliau untuk dibuat ujian DNA sebagai perbandingan kepada DNA-Lelaki Y daripada airmani yang ditemui didalam dubur Saiful Bukhori Azlan. Peluang sudah terbuka luas untuk Anwar sekarang. Tetapi hairan bin ajaib teman nengok Anwar seolah-olah tidak berminat dengan haq dan kebenaran! Atau apakah semuanya demi politiking yang melampau sahaja?

Pertama yang kita semua perlu faham, tidak saperti kes dahulu (1998), kali ini DNA-Y yang ditemui adalah berdasarkan sumber DNA yang jelas iaitu airmani seseorang. Sumber DNA yang ditemui dalam dubur Saiful ialah airmani seseorang! Sedangkan didalam kes terdahulu (ingat lagi kes tilam), sumber DNA atas tilam itu tidak dapat disahihkan oleh pakar kimia Lim Kong Boon. Beliau hanya tahu diberikan 13 keratan tompok daripada tilam, dan menguji sumber DNA nya. Beliau sendiri tidak tahu secara sahih dan pasti sumber DNA itu. Dan bila ditanya mana sampel-sampel ujian utnuk DNA itu, beliau memberitahu telah memusnahkannya.

Itu adalah antara sebab mengapa mendiang YA Datuk Augustine Paul meminda pertuduhan kerana tiada bukti jelas apa sumber DNA tersebut diatas keratan tilam berkenaan. Dan kita perlu ingat kesan tompok diatas tilam itu berusia 5 tahun (kejadian 1993) semasa diuji (ujian 1998)!!

Tetapi didalam kes sekarang, sumber DNA didalam dubur Saiful itu dikenal pasti sebagai airmani seseorang. Masih fresh harum lagi yop, baru berusia 2 hari (liwat 26.06, pemeriksaan 28.06). Yang mengesahkannya adalah beberapa orang pakar perubatan, doktor, pakar forensik dan pakar kimia. Tak silap teman kesemuanya 5-7 orang pakar. Mereka ini semua adalah professional dan tidak kenal satu sama lain. Mustahil mereka boleh berpakat, dan tidak ada sebab mereka mahu berpakat. Dan kesemuanya mengesahkan sumber DNA itu adalah airmani seseorang dilabel sebagai Lelaki-Y.


Persoalan yang menjadi isu ialah siapa lelaki Y itu. Ada orang mendakwa airmani itu disumbat didalam dubor Saiful. Persoalannya siapa yang menyumbatnya? Pastilah ada seseorang, yang menyumbatnya; tak mungkin airmani itu boleh berjalan sendiri kot yop. Dan airmani akan berada didalam dubur seseorang (atau alat sulit wanita) hanya dengan satu cara sahaja, iaitu dengan perantaraan "spitol-air".

Dan tidak mungkin ada mana-mana pihak boleh memasukkan air mani Anwar kedalam dubur Saiful. Pertama mereka perlu dapatkan airmani itu dari Anwar. Kecuali Wan Azizah meminjamkannya kepada mana-mana orang, mustahil ada orang lain boleh dapatkannya! Takkan nak tuduh Wan Azizah pakat dengan Saiful kot? Dan Anwar sendiri mengesahkan dia tidak ada beri sampel airmani dia kepada sesiapa pun untuk ujian DNA atau apa-apa ujian, walaupun semasa ditahan polis.

Kedua, ada orang dakwa polis menggunakan DNA lama dalam kes 1998. Samada yang bercakap ni biol ataupun tak sekolah. Pertama, sampel DNA tahun 1998 telah pun dimusnahkan oleh ahli kimia Lim Kong Boon. Kedua, kalau betullah ada sampel DNA tu, dah kering lama dah pun yop. Sedangkan airmani yang ditemui didalam dubur Saiful adalah "barang fresh", mengikut kata pakar baru berusia beberapa hari. Jadi dakwaan ini ternyata tidak menasabah, apatah lagi menasarawak!

Pokok ceritanya, bagi Mahkamah untuk mengetahui identiti tuanpunya airmani didalam dubur Saiful itu yang dilabel sebagai Lelaki-Y, maka Mahkamah perlu mendapatkan DNA perbandingan. Kita boleh uji airmani seluruh lelaki yang ada di Malaysia ini untuk DNA perbandingan tersebut, tetapi kita mulakan dengan Anwar dahulu. Sebabnya mudah, Saiful mengadu Anwar yang "mengunyitkan" beliau. Maka sebab itulah pemberian sampel darah untuk ujian DNA oleh Anwar sangat penting.

Penting bukan kerana hendak membutikan Anwar "mengunyitkan" Saiful, tetapi penting kerana nak membuktikan yang hak dan kebenaran. Ada dua kemungkinan akan berlaku jika Anwar memberi sampel darah untuk ujian DNA perbandingan tersebut.

Jika ujian darah itu mendapati DNA Anwar menyamai DNA Lelaki-Y tersebut, ada kemungkinan Anwar akan bercuti panjang di Sg. Buloh Resort, mungkin lebih daripada 9 tahun. Kerana ketepatan ujian DNA adalah 99.95% benar dan betul.

Tetapi kalau ujian darah itu mendapati DNA Anwar tidak sama dengan DNA Lelaki-Y tersebut, maka bukan sahaja beliau mungkin dibebaskan daripada pertuduhan, silap-silap Kerajaan Barisan Nasional boleh tumbang yop. Kerana rakyat akan terus hilang kepercayaan!!!

Nah, kalau Anwar benar-benar yakin dia tidak "mengunyitkan" Saiful, tidakkah ini peluang terbaik untuk Anwar bukan sahaja untuk membersihkan namanya, malah untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional!?

Tak payah tipu-tipu, tak payah bohong-bohong, tak payah kelentong-kelentang, tak payah putar poosing, tak payah jual nama YDP Agong, tak payah lelong nama Panglima Angkatan Tentera, tak payah sogok Ahli Parlimen, tak payah kejor MP BN sampai ke Taiwan, tak payah pilihanraya, tak payah tiru Mesir atau Libya, pendekkata tak payah buat apa pun. Teman cukup yakin jika DNA itu tidak benar, rakyat sendiri akan bangkit menuntut Kerajaan dibubarkan. Malah tidak keterlaluan teman katakan rakyat sendiri akan mendokong Anwar dan diarak dari Mahkamah Jalan Duta ke mahkota Putrajaya!!! Bukankah itu jalan singkat ke Putrajaya; yang diidam-idamkan sangat oleh manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan!!!

Tapi risikonya besar yop. Jika DNA itu benar, teman cukup yakin bukan sahaja rakyat, para pak jangoat sendiri akan mendokong dan arak Anwar daripada Mahkamah Jalan Duta ke Penjara Sg. Buloh. Silap-silap haribulan mau Karpal pun tumpang sekaki yop!

Pendek story yop, semuanya terletak ditangan manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini. "To give or not to give - that's the question!"

Cuma teman nak landing dengan bertanya kepada segelintir pak jangoat yang berkiblatkan kepada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini; tidakkah terdetik sedikit pun dihati kecil mike nak mintak Anwar supaya berikan setitik aje darahnya untuk ujian DNA itu. Apa yang susah sangat. Setitik darah yang boleh menentukan kebenaran dan kepalsuan, setitik darah yang menentukan syurga atau neraka bagi pengikutnya. Pikior-pikiorkanlah yop. Janganlah kita menjadi golongan 'summum buqmum umyum fahuum - Kaum PBB - Pekak, Bisu & Buta!

Pada teman Anwar tidak sepatutnya berselindung disebalik teknikaliti dan peruntukkan undang-undang. Anwar tidak sepatutnya menyorok disebalik jubah Karpal. Iya, Mahkamah akan membuat keputusan; mungkin Hakim akan suruh, mungkin Hakim akan tolak. Itu hak Hakim dan Mahkamah untuk membuat keputusan. Kita tidak boleh ganggu, apalagi mengacau prosiding Mahkamah.

Tetapi Anwar perlu ingat, Mahkamah Rakyat juga sedang menanti. Dan Mahkamah Rakyat hanya pentingkan haq dan kebenaran.

Cuma teman nak kabornya, umat dan rakyat sudah mula heran, kenapa manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini liat dan susah sangat nak bagi setitik darah kebenaran itu. Ada rahsia besar yang nak disembunyikan ke?

Dan jangan lupa Mahkamah ALLAH juga sedang menanti, dan Mahkamah ALLAH juga berpaksikan kepada haq dan kebenaran! Pikior-pikiorlah yop; ALLAH bagi otak bukan suruh buat lauk masak lemak cili api, tapi untuk digunakan!!!


Hanya setitik darah
bisa mengubah arah
samada semakin parah
atau mahkota meriah
rakyat makin marah
umat makin resah
mengapa liat susah
menitik sebutir darah!

Wednesday, February 9, 2011

Pasal makan dan buah2an...

1) Semalam sempat menonton astro channel 704 Food Asia pasal nasi briani di India. Macam2 resepi briani ditunjukkan. Cara masak berbeza2 dari satu wilayah ke satu wilayah. Macam2 menu dan cara masakan untuk orang2 kenamaan, pegawai2 hinggalah ke menu untuk golongan raja2 dahulu. Kalau dilihat memang sedap2, enak dan lazat setiap masakan mrk. Cuma kemuskilan saya apabila setiap tetamu yang dijemput utk merasai keenakan menu beraini itu tergolong didalam golongan orang2 gemok atau tidak menepati index body sebenar.. Aiyooo kasi rosak itu rancangan...

2) Kata pengamal diet atau dietitian kita mesti makan paling kurang 300gm - 400gm buah2an sehari. Buah-buahan menyumbangkan banyak galian vitamin dan mineral untuk kesihatan kulit, melawan penyakit dan daya ketahanan badan. Ada sesuatu yang kurang didedahkan tentang kebaikan pengambilan buah2an ini. Buah2an terutama kiwi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buah utama dan melindungi badan daripada penyakit barah. Jambu batu dan Betik - Anugerah teratas untuk vitamin C. Mereka adalah pemenang jelas untuk kandungan tertinggi vitamin C. Jambu batu juga kaya dengan serat yang dapat mencegah sembelit. betik kaya dengan carotene, baik untuk mata. Sorry ini sumber aku sendiri...

3)Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu. Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari. Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan ia boleh diambil dalam jumlah yang sama iaitu 400 gram. Malah nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja.

P/s Yang silapnya kita suka memesan jus buahan tidak sekali dgn serat kandungan buah tersebut (biasanya ditapis).... wasallam..